BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog welcome!its myblog

his birthday

his birthday
getting older

BDAY BOYZ

BDAY BOYZ

Isnin, 3 September 2012

titipan buat pengantiku~~

Andai 1 hari nanti ditakdirkan aku dipisahkan dari lelaki yang paling aku sayangi maka aku titipkan pesanku buat bakal pengantiku..

Jadilah sahabat kepadanya.. dengar segala masalahnya.. rungutan nya. biarkan dia lepaskan semua kemarahan... tenangkan dia agar die lupa marahnya.. sokong dia bila tindakan yang dia lakukan betul dan sesekali nasihati dia secara lembut andai perbuatanya salah..

jadilah kekasih kepadanya, manjakan dia.jgn sesekali curang padanya.. jangan pernah berbohong.. kerana manusia paling dibenci olehhnya adalah penipu dan pembohong.Temankan dia kemana dia perlukan, pilihkan baju dia sebab dia tidak pandai memilih pakaian yang betul, dia buta warna( selalu silap color baju, belikan dia boxer, belikan dia benda2 kegemaranya.. white choclate kegemaran dia. belajar masak makanan yang dia suka.. gulai lemak cili api siput sedut, masak lemak cili api ayam, ayam masak merah.rendang daging.. puding roti.. tapi jangan marah kalau dia tidak pernah memuji masakan itu sedap dia bukan manusia yang suka memuji buah hati.. tapi kalau masakan sedap kena dengan tekaknya 3,4 pingan dia boleh makan.. dan dia akan minta lauk tu lagi.. luangkan masa untuknya.. andai perhubungan jarak jauh kerapkan cari masa sms dia, tnya dia dah makan belum, sihat atau tidak.. dia selalu sakit kepala tapi dia tak suka makan ubat.. kena tegur berkali2 baru dia akan makan ubat, kalau dia sakit depan mata terus belikan ubat paksa die makan depan mata.

Dia panas baran..bila dia marah dia akan cakap semua benda yang betul atau tidak semua akan jadi isu padanya tapi yang sebenarnya dia tak berniat seperti itu.. dia tidak suka orang ambil kesempatan pasa orang yang disayang. bila marah dia akan sebut apa saja..bila dia kembali kepada asal dia akan jadi lelaki paling penyayang buat seorang wanita.. dia akan manjakan pasanganya.. dia seorang lelaki yang bertangungjawab.. dia akan cuba memnuhi keperluan pasanganya.. dia akan usaha untuk dapatkanya.. dia sangup xmakan asal orang yang dia sayang makan.. dia sangup mengemis asal org yg dicinta sihat dia sangup berniaga untuk hantar buah hati ke hospital..
bila dia ada masalah kewangan bantu dia andai ada lebih.. jangan biar dia tak berduit.. jangan biar dia tak makan..

Bawa dia ketempat yang dia tak pernah sampai.. ajarkan dia jalan kemana nak pergi.. dia memang susah nk ingat arah.. walau berkali dia pergi sesuatu tempat masih tak hafal jalan..Bila bersama dia jangan pandang lelaki lain.. fokus dan perhatian hanya pada dia.. dia mahu buah hati dia shopping dengan dia, beli barang dengan dia.. dan paling penting dia seorang yang gila gadjet.. dia akan bertukar gadjet berpuluh kali dalam setahun.. dan dia akan tukar gadjet buah hati dia sekali.. jadi jangan pernah marah tentang hobi dia yang satu ni.. ada kala boleh ditegur adakala sokong saja.. lebih baik dia tukar gadjet dari bertukar betina.. setiap kali tukar gadjet dia akan tnya pandangn pasanganya.. dia akan seret pasanganya phone hunt hingga lewat mlm.. ikutkan saja.. walau penat layankan saja itu hobi dia yang paling agung..

Bila dia bertengkar dengan keluarga nasihatkan dia, kalau dia mengadu dengarkan saja.. bila dia sudah puas meluahkan baru fikir harus ditegur atau disokong..
jangan sesekali pecah belahkan dia dan keluarganya.. walau apa terjadi ingatkan dia selalu kuarga lebih penting dari kekasih.. masa depan dia penting untuk keluarga dia..

Selalu ingatkan dia untuk study, kalau free temankan dia study.. checkan jadual exam dia, amek tau jadual exam.. bila tarikh exam tempat exam.. bila sampai masa exam kejutkan dia agar tidak lewat.. bila exam tamat biarkan dia rehat dan biarkan dia puaskan hati dengan game.. semakan selalu untuk dia bila keputusan exam akan keluar.. jadi orang pertama yang lihat keputusan exam dia.. kalau dia gagal tenangkan dia kalau dia lulus raikan dia..

Musim raya lawat keluarga dia, ambil hati papa mama ayong n ira. kenal semua keluarga dia, mak,bak, mak nab ,pak adam paling penting nenek... nenek manusia paling sporting dalam dunia.. bila cakap dengan nenek cm ckp dengan nenek sendiri..mama papa xbyk ckp bukan mereka x suka tapi mereka mmg pendiam.. bercakap tgk orang.. lame baru boleh get along dengan mereka. tapi hati mereka baik..kalau pandai amek hati mereka untong badan..

Akhir sekali.. selalu ingatkan dia peranan dan tangungjawab dia.. selalu pastikan dia happy.. bila dia happy orang disekeliling dia juga happy.. dia perlukan lebih dari seorang girlfriend.. dia perlukan sahabat, kekasih, buah hati,penyokong dan wife..
dia tak banyak kawan.. sebab itu dia perluakan seorang perempuan yang mampu tahan dengan segala sikap dia.. jadi kalau kamu rasa kamu mampu hadapi semua yang ada dalam tulisan ini maka kamu layak bersama dia buat selamanya..

Buat insan yang mungkin mengantikan diriku.. terima kasih kerana bersabar dengan kerenahnya, terima kasih sayangkan dia.. terima kasih kerana sangup harungi susah senang bersamanya..

US

US

ikatan jiwa

ikatan jiwa